Rabu, 21 Oktober 2009

jamuan hari raya 2009


Merealisasikan 1 MALAYSIA Jamuan Hari Raya bersama Pejabat Daerah Jelebu Negeri Sembilan di hadiri oleh AJK JKKK seluruh Jelebu.
Ucapan oleh Timbalan Pegawai Daerah.

Ini baru nama "satu Malaysia" , bangsa Cina ada, Melayu ada, India ada tak ketinggalan juga peribumi Asli.

Rabu, 16 September 2009

PROGRAM JELAJAH TITIAN AMAL


Program Jelajah Titian Amal oleh Radio Negeri FM bersama dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Negeri Sembilan yang diiringi oleh anggota Polis Traffik Seremban Negeri Sembilan menuju ke rumah salah seorang penduduk yang telah terpilih dalam program ini.

Pihak yang terlibat iaitu Radio FM, JKM,Polis dan JKKK.

Temuramah di buat oleh pegawai Radio FM Negeri.

Program ini disiarkan secara langsung oleh Negeri FM

Isnin, 10 Ogos 2009

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Kumpulan Cak Lempong yang terkenal di daerah Jelebu.

Tarian Piring yang lazimnya mengiringi Cak Lempong.

ZOOM MALAYSIA

Kembara Jejak Adat Perpatih IV di seluruh daerah Negeri Sembilan termasuk Kampung Chennah oleh badan-badan korporat, anggota-anggota kerajaan, badan-badan berkanun termasuk krew TV3.

Jom Jejak Pepatih IV


Kumpulan Jejak Adat Perpatih IV Di Kampung Chennah.

Khamis, 14 Mei 2009

LAWATAN WARISAN GLOBAL KE PPIK KG CHENNAH


LAWATAN WARISAN GLOBAL (SITE VISIT) ke PPIK Kg Chennah pada 03 Mac 2009 oleh Cik Intan dan Cik Sue

Penerangan oleh SC Negeri Sembilan En Othman kepada wakil Warisan Global.

SEJARAH PPIK

PPIK Kg Chennah ditubuhkan pada September 2008 di bawah kelolaan KTAK dan mula beroperasi sepenuhnya di bangunan ini mulai 1 November 2008


BANGUNAN PENGHULU KG CHENNAH.

PPIK bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Kg Chennah dan berhampiran dengan Balai Polis Kampung Chennah.
Anak-anak muda lepasan SPM sedang sibuk melayari Internet untuk mencari dan mengisi jawatan kosong kerajaan.

SEJARAH

Selasa, 14 April 2009

RUMAH PERIBUMU ASLI

Rumah salah seorang keluarga peribumi Asli di salah sebuah kampung di Chennah iaitu Kampung Tohor
Kalau dulu Peribumi Asli jauh ketingalan dari arus kota namun kini mereka mampu mempunyai kenderaan seperti motorsikal walaupun tinggal jauh di pendalam.

Infrastruktur seperti TABIKA KEMAS yang di sedia oleh pihak kerajaan (JHOEA)

Khamis, 9 April 2009

KRAFTANGAN PERIBUMI ASLI

USAHAWAN PELANCONGAN YANG TERLIBAT SECARA LANSUNG DENGAN PENJUALAN KRAFTANGAN PERIBUMI ASLI
PONDOK YANG MENEMPATKAN KRAFTANGAN DI PONAK RESORT

BAKUL YANG DI PERBUAT DARI BATANG BERTAM UNTUK PELANCONG LUAR YANG BERMINAT

Khamis, 26 Mac 2009

SEJARAH KAMPUNG CHENNAH


Mengikut cerita orang tua asal nama Kampung Chennah adalah dari nama seorang perempuan orang Asli yang bernama "Che Nah". Dimana pada suatu ketika beliau sedang mandi di sungai dengan tidak semena-mena beliau telah hanyut di bawa arus deras. Selepas kegiatan mencari beberapa hari oleh penduduk kampung tetapi mayat beliau masih juga belum di temui. Kejadian tersebut telah menjadi sebutan penduduk kampung.Oleh yang demikian penduduk kampung telah sepakat untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung "CHENNAH". Jumlah penduduk setakat ini lebih kurang 1500 orang dimana majoriti adalah penduduk orang Asli selain dari orang Melayu dan Cina.

Rabu, 25 Mac 2009

DESTINASI PELANCONGAN ALAM SEMULAJADI


SUASANA DI CAMP SITE PONAK RESORT

Ponak Nature Camp dibuka kepada orang awam, dimana ianya sesuai untuk mereka yang datang dalam kumpulan mahupun individu.
Lokasinya terletak di daerah Jelebu Negeri Sembilan, lebih kurang 75 KM daripada Seremban atau 45 KM melalui Hulu Langat atau Semenyih
Ponak Nature Camp menjanjikan ketenangan dan keseronokan buat pengemar keindahan alam dan juga bagi mereka yang gemar aktiviti lasak seperti memandu kenderaan pacuan 4 roda, motocross, jungle tracking dan berbagai-bagai aktiviti menarik terdapat di Nature Camp. Ia juga menawarkan harga pekej yang berpatutan



ANTARA TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITARNYA.




AIR TERJUN LATA KIJANG

Aktiviti kayak Deras (Whitewater Kayak) di lakukan disini.







JERAM BERUNGUT

Permandangan dan suasana yang menarik.














MENDAMAIKAN.......
(Cayon River - Fishing trip)







SUASANA DI PONAK NATURE CAMP.

Selain daripada tempat-tempat perlancongan yang menarik Ponak juga mempunyai Ladang Sayur Organik yang di miliki oleh Ponak Plantation Sdn Bhd.







GUNUNG BESAR HANTU

Bagi mereka yang gemar aktiviti pendakian Gunung....








4 X 4 WHEEL kenderaan yang di gunakan untuk ke PONAK Nature Camp.









KEMUDAHAN ( FACILITIES) YANG TERDAPAT DI SINI.....

Tapak Perkhemahan (Camp Site)
Penunjuk Arah (Guider)
Bekalan Elektrik (Electricity)
Tempat Memasak (Cooking Space)
Tandas (Toilet)

LAIN-LAIN KEMUDAHAN ADALAH DI ATAS PERMINTAAN


Bagi sesiapa yang berminat akan alam semulajadi

hubungi:

En Ahmad Suhaimi Bin Jamal (Acong)

Tel : 016-2048406 / 06-6781333

Fax: 06-6783930


E-mail : ponakresort@gmail.com



USAHAWAN PELANCONGAN

EN AHMAD SUHAIMI BIN JAMAL